32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Tak hantar anak ke sekolah tidak dianggap kesalahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ibu bapa yang bimbang dengan ancaman Covid-19 kini diberikan pilihan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah apabila sesi persekolahan di buka semula secara berperingkat 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ibu bapa bagaimanapun perlu menulis surat kepada pihak sekolah mengenai sebab-sebab ketidakhadiran berkenaan.

“Ibu bapa atau penjaga yang memilih tidak menghantar anak ke sekolah tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

“Tak hadir tak apa, surat amaran tidak akan di hantar tetapi ibu bapa perlu tulis surat kepada pihak sekolah sehingga hujung tahun ini,” katanya sempena sidang media Pengoperasian Sekolah hari ini.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi tujuan rekod pihak sekolah mengenai sebab ketidakhadiran ke sekolah.

Terdahulu, Radzi turut menyatakan sedar bahawa terdapat golongan yang berpendapat lebih sesuai sekiranya sekolah dibuka tahun hadapan sahaja.

“Kita sedar ramai di luar sana yang selalu sebut tutup sahajalah sekolah sampai tahun hadapan.

“Jalan mudahnya adalah berbuat demikian, namun hakikatnya kita bergerak dalam fasa pemulihan negara di mana kita perlu membawa kehidupan balik kepada asal dalam norma baharu dan tatacara-tatacara yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menyatakan pendemik Covid-19 akan berpindah ke fasa endemik.

“Covid-19 akan ada di sekeliling kita namun berada dalam keadaan terkawal.

“Apa yang penting pada hari ini untuk melihat konteks yang lebih luas. Murid datang dari pelbagai latar belakang.

“Ada yang tinggal di bandar, luar bandar. Ada yang mampu dan tak mampu. Ada yang datang dari sosio ekonomi yang berbeza.

Malah menurutnya, menguruskan sebuah kementerian yang mempunyai murid sekitar 5 juta orang, 500,000 guru dan warga pendidik serta lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara bukanlah sesuatu yang mudah.

“Hasrat kita adalah untuk bawa anak ke sekolah kerana telah lama renggang dari sekolah dan tak boleh terus biarkan anak renggang dalam sistem persekolahan,” tegasnya.

Pada April lalu, Radzi mengumumkan sesi persekolahan selepas cuti hari Aidilfitri ini akan diteruskan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka.

Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu (kumpulan A), dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (kumpulan B).

Bagaimanapun, sesi PdPR berkenaan berlanjutan sehinggalah ke hari ini.

-EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan