30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Malaysia catat aliran masuk modal pelabur asing tertinggi bulan ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Aliran masuk modal pelabur asing pada bulan ini berjaya mencatatkan jumlah tertinggi sejak Jun tahun lalu apabila merekodkan nilai mencecah RM7.7 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan itu, Malaysia mencatatkan petanda prospek pemulihan ekonomi yang semakin cerah.

“Aliran masuk bersih modal pelabur asing yang didorong oleh kemajuan positif Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan nada dan hala tuju pemulihan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh untuk suku keempat 2021.

“Sejumlah RM7.7 bilion telah dicatatkan dari segi aliran masuk modal pelabur asing pada bulan Ogos yang merupakan nilai tertinggi sejak Jun 2020. Nilai ini juga telah mengimbangi aliran keluar dua bulan sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelabur asing telah menjadi pembeli utama dengan pelaburan bersih di pasaran bon Ringgit sejumlah RM6.6 bilion (Julai 2021).

“Ini merupakan bukti keyakinan pelabur dan pengurus dana terhadap prospek pertumbuhan negara, serta kesinambungan dasar-dasar kerajaan.

“Selain itu, nilai harga pasaran ekuiti negara juga menjadi tarikan utama aliran masuk dana pelabur asing berbanding pasaran ekuiti negara lain di rantau ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, setakat bulan ini, pegangan pelabur asing bagi bon Kerajaan Malaysia meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion.

“Kerajaan menjangkakan bahawa momentum pemulihan pada suku keempat 2021 ini akan diteruskan pada tahun hadapan, dimana faktor kepada pertumbuhan negara akan memanfaatkan pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia.

“Bersama kita memantapkan lagi PPN yang telah menambah baik situasi keseluruhan kesihatan awam, serta pemulihan pembukaan sektor ekonomi secara beransur-ansur dengan adanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan