31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

RM20 juta bangun vaksin COVID-19 fasa pertama tahun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM20 juta diperlukan untuk membangunkan vaksin COVID-19 fasa pertama pada 2022.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pembangunan vaksin itu memerlukan kolaborasi pakar luar negara selain mengadaptasi teknologi baharu dalam melaksanakan kajian.

“Untuk fasa pertama pembangunan vaksin, kita meminta peruntukan awal RM20 juta pada 2022. Untuk peringkat awal kerana kita akan bangunkan vaksin mempunyai platform teknologi baharu,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Terdahulu, Lip Eng mempertikaikan keperluan untuk membangunkan vaksin Covid-19 sekiranya negara boleh menerima bekalan dari negara luar.

Mengulas lanjut beliau berkata, pembangunan vaksin perlu untuk memastikan negara mempunyai kesediaan terhadap kepakaran berhadapan dengan wabak ini pada masa depan.

Baca juga:   Penerima dos pertama vaksin lepasi angka 10 juta

“Kita akui kita telah terima bekalan dari Amerika Syarikat dan telah sampai sumbangan ini menerusi diplomasi COVID-19. Kita kena mulakan industri pembangunan.

“Kita perlu bina satu kerangka untuk vaksin di negara kita mungkin bukan untuk Covid-19 tetapi wabak lain, bukan untuk kita ada pakar lain tapi kita kena ada pakar untuk kita sendiri,” tambahnya.

Baru-baru ini, Pengarah IMR, Dr Tahir Aris dilaporkan berkata, Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang membangunkan vaksin COVID-19.

Baca juga:   PM ucap tahniah Maryam Muzamir harumkan nama negara

Jelasnya, vaksin tersebut turut dibangunkan sebagai suntikan penggalak yang berkesan terhadap varian baharu.

Vaksin ini dijangka dapat dihasilkan menjelang 2024.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ahli Dewan Rakyat wajib periksa kesihatan setahun sekali – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda...

Lagi Artikel Berkaitan