25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kenyataan LPPR serius, berat, Latheefa perlu disiasat – Puad

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kenyataan terbuka Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipengaruhi politik ketika membuat pendakwaan terhadap individu tertentu adalah serius dan berat.

Sehubungan itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puas Zarkashi menggesa kerajaan mengambil tindakan termasuk menyiasat bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berhubung pendedahan tersebut.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang mendapati pendakwaan terhadap Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ada pengaruh politik dan tidak dibuat pertimbangan sewajarnya.

Justeru, SPRM terpaksa menarik balik pendakwaan terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah FELDA itu ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Mohd Puad berkata, ketika penangkapan terhadap Noor Ehsanuddin pada 2019, Latheefa yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasiti politik telah mengetuai agensi tersebut.

DR MOHD PUAD ZARKASHI

Latheefa yang juga seorang peguam dilantik pada 4 Jun 2019 bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, sekali gus menjadi wanita pertama mengetuai agensi penting itu.

“Latheefa Koya adalah boss (ketua) SPRM ketika itu. Dia adalah lantikan politik oleh Tun Mahathir. Latheefa turut membocorkan 9 audio rakaman perbualan termasuk (Datuk Seri) Najib (Razak) dan Putera Raja UAE tanpa sebab.

“Justeru wajar Latheefa Koya disiasat. Diharap Perdana Menteri juga mesti segerakan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) terhadap (bekas Peguam Negara) Tommy Thomas. Ia amat berkaitan,” kata Mohd Puad menerusi Facebooknya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 itu berkata, kritikan terbuka Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang itu telah menimbulkan persoalan berkaitan beberapa pendakwaan lain ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kes itu telah ditarik balik. Ehsanuddin pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Najib. Sebab itu dakwaan LPPR amat merunsingkan.

“Terlalu banyak misteri. Kes Ehsanuddin dan kritikan keras Tan Seri Abu Zahar (LPPR) menguatkan lagi kesangsian terhadap kes kes pendakwaaan semasa Tun M menjadi PM,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan