29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sabah rekod 47.9% populasi dewasa lengkap vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hanya Sabah sahaja masih merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin COVID-19 di bawah 50 peratus, dengan semalam merekodkan sebanyak 47.9 peratus.

Bagaimanapun, ia menunjukkan perkembangan positif dalam merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dua dos, melihat kepada liputan vaksinasi yang meluas dilaksanakan negeri itu ketika ini.

Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan peratusan populasi dewasa tertinggi bagi suntikan dos kedua iaitu sebanyak 99.1 peratus (Lembah Klang) dan sebanyak 95.8 peratus (Labuan).

Semalam sahaja, sebanyak 37,714,587 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Daripada jumlah itu, seramai 16,680,780 individu telah lengkap menerima suntikan dua dos atau bersamaan 71.3 peratus populasi dewasa (51.1 peratus populasi keseluruhan).

Manakala, seramai 21,080,152 individu telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama atau bersamaan 90.0 peratus populasi dewasa (64.5 peratus populasi keseluruhan.

Sehingga 9 September 2021, jumlah harian pemberian dos vaksin COVID-19 adalah sebanyak 322,346 dos.

Daripada jumlah itu, seramai 133,861 individu menerima suntikan dos pertama manakala seramai 188,485 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK). – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan