26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Insya-Allah, vaccine works’ – Dr Hana Hadzrami

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – “Insya-Allah, vaccine works,” akhiri perkongsian harapan terbaharu Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Hana Hadzrami terhadap jalan keluar pendemik Covid-19 menerusi laman Facebooknya hari ini.

“Usah padamkan cahaya yang baru mula berputik. Kita hanya selamat apabila semua selamat.

Menurutnya, tinggi harapannya agar sekelumit cahaya berkenaan dapat bersinar cerah.

“Wad Covid di hospital kami mulai ditutup satu persatu. Pesakit non-Covid yang selama ini menumpang di wad sementara telah mula kembali ke wad asal.

“Jumlah pesakit yang dirujuk untuk kemasukan ICU (unit rawatan rapi) masih ada, namun tak seramai sebelumnya. Kami dah tak perlu pilih. Boleh terima semua. Ia amat melegakan,” kongsinya hari ini.

Dr Hana bagaimanapun meluahkan kesedihannya apabila terdapat warga emas dan golongan berkomorbid yang keciciran vaksin fasa kedua.

“Semuanya terdiri dari mereka yang dahulunya ragu-ragu nak terima vaksin dan nak lihat kesan pada orang lain dulu. Sesal kemudian yang tiada guna.

“Keenam-enam ICU Covid kami masih berfungsi penuh. Belum ada yang boleh ditutup namun sebahagiannya dah diubah menjadi off-tag Covid iaitu ICU untuk pesakit Covid yang telah melepasi tempoh infektiviti 21 hari tetapi masih lagi kritikal. Kurang sikit beban staf perlu ber-PPE (peralatan pelindung diri) penuh.

Menurutnya, pesakit Covid kategori 5 bukan boleh sembuh dalam sehari dua.

“Ada dah melebihi sebulan namun masih belum boleh ditanggal dari mesin pernafasan. Hampir semua yang belum sembuh walau dah off-tag ialah mereka yang tak (atau belum) divaksinkan.

“Sekarang kalau kami terima pesakit yang divaksinkan ke ICU (lengkap atau tak lengkap) untuk kategori 4 dan keatas, terasa sedikit lega kerana mereka berespon sangat cepat kepada rawatan.

Menurutnya, majoriti hanya perlu sokongan oksigen paling tinggi melalui kanula hidung aliran tinggi (HFNC) dan itu pun hanya sementara.

“Cepat boleh kami discaj,” kongsinya.

Dr Hana juga memberikan kata-kata semangat kepada warga kerja seperjuangan untuk teguhkan jiwa dan bertahan.

“Kepada rakan-rakan seperjuangan diluar Lembah Klang, teguhkan jiwa dan bertahanlah. Kami doakan proses vaksinasi di tempat anda berjalan lancar dan laju. Supaya anda juga dapat menarik nafas lega suatu masa nanti.

“Kepada warga Lembah Klang, teruskan menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan lengkapkan imunisasi anda. Usah padamkan cahaya yang baru mula berputik,” kongsinya diakhiri dengan perkataan InsyaAllah, vaccine works.

Sebelum ini Dr Hana pernah berkongsikan berita gembira berkenaan situasi pendemik Covid-19 di Lembah Klang sehingga menjadi tular di media sosial.

“Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.

Menurut perkongsian terdahulu berkenaan, beliau percaya perkembangan positif itu disebabkan peningkatan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan