30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

5 negeri di bawah 50% populasi dewasa vaksinasi penuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hanya lima negeri masih merekodkan jumlah peratusan populasi dewasa kurang daripada 50 peratus bagi suntikan dos kedua, berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Lima negeri tersebut terdiri, Sabah dengan sebanyak 40.8 peratus; Kelantan (46.7 peratus); Kedah (47.1 peratus); Perak (48.4 peratus) dan Johor (48.4 peratus).

Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 90 peratus bagi suntikan dos kedua dengan 94.5 peratus bagi Labuan (102.2 peratus dos pertama) dan 93.3 peratus bagi Lembah Klang (111.8 peratus dos pertama). 

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sehingga semalam, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 35,150,474 dos.

Daripada jumlah itu, sejumlah 19,932,137 individu telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama, atau 85.1 peratus populasi dewasa (61.0 peratus jumlah keseluruhan).

Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

Manakala, sejumlah 15,241,655 individu telah menerima suntikan dos kedua atau 65.1 peratus populasi dewasa (46.7 peratus jumlah populasi) sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 398,134 dos. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 188,780 bagi dos pertama manakala sebanyak 209,354 dos kedua vaksin COVID-19. 

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 34,810 dos pertama dan sebanyak 26,105 dos kedua. – Edisi 9 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan