34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Guru enggan divaksin, KPM bincang dengan JPA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Guru yang memilih untuk tidak mengambil vaksin atau dengan erti kata lainnya enggan divaksin kini sedang dalam perhatian untuk diambil tindakan sewajarnya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan selanjutnya buat guru berkenaan.

Menurutnya, buat masa ini, guru yang tidak divaksin tidak dibenarkan untuk mengajar secara bersemuka di dalam kelas.

“Bagi guru yang tidak divaksin ini ada dua kumpulan iaitu tidak divaksin atas sebab kesihatan serta dinasihatkan oleh doktor dan satu lagi ialah guru yang memilih untuk tidak divaksin.

“Kita (KPM) sedang berbincang dengan JPA bagi tindakan selanjutnya dan buat masa ini kesemua guru ini tidak akan mengajar secara bersemuka,” katanya sempena sidang media Pengoperasian Sekolah hari ini.

Radzi turut berkongsikan data sebenar peratusan warga sekolah terdiri daripada guru, anggota kumpulan perlaksana (AKP) dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam sidang media tersebut.

Berdasarkan data sehingga 11 September tersebut, sebanyak 88.56 peratus guru sekolah sudah melengkapkan dua dos vaksin, manakala, sebanyak 97.46 peratus lagi guru baru menerima satu dos vaksin.

Berikut merupakan data status vaksinasi warga sekolah yang dikongsikan:

Status vaksinasi warga sekolah sehingga 11 September lalu. Kredit: KPM

Menurutnya, menjadi hasrat KPM untuk memastikan keseluruhan ekosistem di sekolah pada umumnya telah divaksinkan.

Terdahulu, 3 September lalu media melaporkan KPM telah mengenal pasti 2,500 orang guru yang enggan menerima vaksin di seluruh Malaysia atas faktor kesihatan serta sebab-sebab lain seperti tidak yakin dan sebagainya.

Malah, pihaknya turut mendapatkan senarai nama pengusaha bas di seluruh negara untuk memastikan kesemuanya sudah menerima vaksin.

“Pun begitu, perlu diberi perhatian sekiranya pemandu yang membawa anak-anak itu tidak berada dalam senarai KPM dan ibu bapa perlu membuat pilihan yang sewajarnya,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan