24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Eh! Zizi Kirana dah jadi isteri Yusuf Bahrin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Eh!, Zizi Kirana selamat diijabkabulkan dengan pelakon, Yusuf Bahrin di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, dan Yusuf, 29, dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi, Mad Tahil.

Memetik laporan media, majlis pernikahan diadakan secara tutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Zizi menerima mas kahwin senaskah al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar walaupun kami hanya dapat tarikh dan lokasi nikah pada Jumaat lepas.

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

Advertisements

“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” katanya.

Pasangan itu sebelum ini dilapor bakal berkahwin dalam masa terdekat namun mereka tidak memberikan pengesahan rasmi.

Dalam pada itu, Zizi berkata, dia mula berkenalan dengan Yusuf pada awal tahun ini ketika sama-sama hadir menjalani program rakaman di televisyen.

“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini dan hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin.

“Alhamdulillah, keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama,” katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan