27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

BKC antara bantuan berterusan sehingga hujung tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bantuan Khas COVID-19 (BKC) merupakan sebahagian daripada pelbagai bantuan lain yang akan disalurkan secara berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan tunai yang disediakan Kerajaan sehingga kini kepada hampir 10 juta penerima adalah sebanyak RM12.3 bilion.

Menurutnya, bantuan berkenaan adalah mengambil kira keseluruhan pembayaran BKC, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan BPR Tambahan.

“Jangkaan baki pembayaran BPR (Fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan Fasa 3) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) pada September hingga Disember 2021 dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.

“Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM17.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan pada tahun ini bagi pelaksanaan BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan, BKC dan BKP yang telah dan akan disalurkan kepada penerima yang layak,” katanya hari ini.

Zafrul berkongsikan maklumat berkenaan dalam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) ke-67.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan dalam jangka masa terdekat, Pelan Pemulihan Nasional (PPN) memberi tumpuan kepada pengurusan pandemik yang berkesan dengan memutuskan rantaian penularan serta mengurangkan morbidity dan kematian.

“Melihat lebih jauh lagi, Kerajaan sedang berusaha untuk mengukuhkan ketahanan dan kesiapsiagaan sistem kesihatan awam untuk menangani pandemik-pandemik di masa depan sambil bersedia untuk cabaran jangka panjang populasi yang semakin menua dan penyakit tidak berjangkit.

“PPN merupakan pendekatan komprehensif untuk memulihkan keyakinan rakyat sambil membenarkan ekonomi dibuka dengan selamat.

Advertisements

Menurutnya, PPN menilai kesediaan negara untuk mengurangkan sekatan secara holistik, mengambilkira keperluan untuk pelbagai aspek pemulihan.

“Imunisasi penduduk Malaysia adalah kunci bagi pemulihan ekonomi Malaysia. Setakat 7 September 2021, lebih dari 20 juta penduduk atau 89 peratus daripada populasi negara telah menerima dos vaksin pertama, termasuk 16 juta atau 70 peratus daripada populasi dewasa yang lengkap divaksin.

“Malaysia dijangka akan mencapai 100 peratus vaksinasi penuh pada akhir bulan hadapan.

Zafrul berkata, kegawatan ekonomi tidak memberi kesan yang sama kepada semua rakyat Malaysia, dan rakyat yang tidak mampu memikul beban terpaksa menanggung kesan yang paling teruk.

“Oleh itu, komponen penting dalam agenda pemulihan kita dalam PPN dan Bajet 2022 adalah ekonomi.

“Dalam jangka masa terdekat, sektor-sektor yang paling teruk dan isi rumah yang paling terjejas akan dibantu.

Menurutnya, tonggak utama pemulihan ekonomi adalah penciptaan pekerjaan.

“Sehubungan itu, 350 ribu peluang pekerjaan turut diwujudkan melalui pelbagai inisiatif setakat 31 Ogos lalu di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC),” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan