27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Syed Saddiq kekal pengakuan tidak bersalah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya berkenaan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 dalam akaun bank.

Memetik laporan FMT, pengakuan itu telah direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin hari ini, selepas dakwaan pengubahan wang haram itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syed Saddiq dituduh memindahkan wang sejumlah RM100,000 daripada akaun Maybank ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya antara 16 Jun dan 19 Jun 2018, yang merupakan hasil aktiviti haram.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram terbabit.

Bulan lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen Johor Bahru bahawa ia mahu memindahkan kes pengubahan wang haram itu memandangkan bakal saksinya adalah individu sama dengan kes pecah amanah yang turut dihadapi oleh Syed Saddiq.

Peguam kepada Syed Saddiq, Haijan Omar berkata, ia selepas permohonan pemindahan dua kes anak guamnya didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 25 November nanti.

Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq yang dihadapkan ke mahkamah, tidak mengaku bersalah atas dua tuduhan menyalah guna dana Armada berjumlah RM1.12 juta ketika menjadi ketua sayap Pemuda Bersatu itu.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM330,000. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan