28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Radzi dituntut buat keputusan berdasarkan hujah data dan sains

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang dikekalkan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dituntut agar menggunakan hujah data dan sains dalam membuat keputusan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, Radzi tidak lagi boleh menggunakan hujah politik dalam membuat keputusan berhubung pendidikan.

“Data dan sains menjadi hujah dalam membuat keputusan pendidikan. Bukan hujah politik. Keputusan tidak popular tidak mengapa asalkan tepat dan berkesan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Radzi yang turut menjawat Menteri Pendidikan ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin antara menteri yang menjadi kemarahan rakyat terutama berhubung jadual persekolahan sepanjang pandemik COVID-19.

Selain itu, Anuar turut menggesa Radzi agar melibatkan lebih ramai pakar pendidikan dan pakar kesihatan dalam sesi perbincangan libat urus sebelum membuat keputusan dasar supaya pertimbangan lebih menyeluruh.

Advertisements
DR ANUAR AHMAD

Senator itu juga diminta melibatkan NGO pendidikan khususnya NUTP dan PIBGN dalam merumuskan keputusan kemnterian supaya rakyat dapat melihat usaha kebersamaan KPM dengan pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.

“Semoga semua perancangan Kementerian Pendidikan yang dirancang sebelum ini dapat digerakkan dengan segera demi kebaikan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Ahmad turut menggesa Radzi mematuhi tiga prinsip asas Kabinet baharu sepertimana dinyatakan oleh Perdana Menteri iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah sertak mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Bahkan beliau berkata, prestasi sebagai menteri akan dinilai oleh rakyat dalam tempoh 100 hari pentadbiran baharu ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan