32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

396 guru di Johor tak ambil vaksin kerana ragu – TMJ

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah daripada 779 orang guru yang menolak vaksin, hanya 396 tidak mengambil vaksin atas keraguan terhadap bahan tersebut.

Tunku Ismail bertitah, manakala selebihnya ditangguhkan pengambilannya kerana alahan, mengandung, ataupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sebilangan guru kini bersetuju untuk mengambil vaksin,” titah baginda dalam satu kenyataan selepas menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor serta guru-guru di Bukit Timbalan, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Tunku Ismail juga bertitah, dalam perjumpaan tersebut, baginda telah berkongsi maklumat mengenai program vaksinasi di negeri Johor dan situasi terkini pandemik COVID-19 di negeri itu.

Advertisements

Baginda berharap guru-guru terbabit sedar tentang tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengetengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik.

“Saya berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” titahnya.

Pada 22 Ogos lalu media melaporkan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan kepada kumpulan guru terbabit mengenai kebaikan vaksin supaya mereka sedia menerima suntikan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan