24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

PJJ, ibu bapa dinasihat dapatkan permit rentas negeri, daerah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Walaupun telah diberi kelonggaran, pasangan jarak jauh yang telah menerima dos lengkap vaksin dinasihatkan supaya mendapatkan surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah.

Saranan yang sama diberi oleh PDRM kepada ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi dan ingin bertemu anak di bawah umur 18 tahun di negeri atau daerah lain.

Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, walaupun pada peringkat ini tiada termaktub mereka perlu mendapatkan surat kebenaran PDRM, dinasihatkan mereka untuk mendapatkan surat kebenaran itu.

“Ia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari, mereka (ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin) hanya perlu mematuhi SOP dan kriteria ditetapkan.

“Bagaimanapun, mereka dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM bagi melancarkan perjalanan masing-masing. Sebaik-baiknya dapatkan surat kebenaran PDRM itu dan bawalah dokumen yang berkaitan,” katanya, hari ini.

Jelas beliau, keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran PDRM itu bagi mengelakkan ibu bapa dan pasangan jarak jauh itu menghadapi kesulitan sekiranya tujuan perjalanan mereka dipersoalkan pihak berkuasa atau pasukan keselamatan lain selain PDRM.

Baca juga:   Pendekatan holistik, inklusif tangani isu stereotaip gender

“Petugas PDRM di sekatan jalan raya pasti akan menyoal tujuan perjalanan mereka dan memeriksa sijil digital lengkap dua dos vaksin di aplikasi MySejahtera, dan cukup atau tidak kriteria yang yang ditetapkan dalam SOP ditetapkan.

Baca juga:   Lelaki ancam bawa bom, serang kru kabin ditangkap

“Namun kita bimbang juga akan ada timbul kekeliruan, kerana mungkin timbul interpretasi (tafsiran) berbeza di peringkat bawahan atau pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya,” jelasnya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran diberikan kepada penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa, hari ini.

Antaranya adalah pasangan jarak jauh lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri bertemu pasangan masing-masing dan ibu bapa lengkap dua dos dibenar rentas daerah atau negeri berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanapun, kelonggaran itu hanya terpakai buat penerima dos lengkap dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua untuk penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Bagi penerima vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan iaitu vaksin Johnson & Johnson dan CanSino perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan.

Baca juga:   Dollah Salleh terselamat, MPV dinaiki terlibat kemalangan

Wartawan

Terkini

Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

SEBANYAK tiga buah sekolah di Johor telah dinaiki air manakala 19 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata...

Lagi Artikel Berkaitan