25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pencapaian Pandelela tetap membanggakan – Reezal Merican

Mesti Baca

Puji persembahan Shah Firdaus yang kali pertama beraksi di Olimpik

CYBERJAYA – Pencapaian ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pmg dalam acara 10 meter (m) platform di pentas Olimpik Tokyo 2020 tetap membaggakan negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pada masa yang sama, beliau berharap lebih ramai bakat baharu dapat dilahirkan negara di pentas dunia dan Olimpik pada masa depan.

Pandelela menamatkan acara berkenaan di tempat terakhir daripada 12 peserta selepas melakukan persembahan kurang kemas pada terjunan pertama yang menyukarkan dirinya mengejar kedudukan lebih baik di baki empat terjunan.

“Terima kasih Pandelela atas usaha yang baik dalam peringkat akhir acara 10 meter Platform Individu Wanita sebentar tadi. Teruskanlah mendongak kepala, saya yakin rakyat Malaysia amat menghargai pencapaian Lela hari ini.

“Kita juga mahu lihat lebih ramai bakat baharu dapat dilahirkan dan ini memerlukan perancangan rapi dari semua pihak khusunya ASUM,” katanya menerusi twitternya hari ini.

Menurut Reezal bukan mudah untuk penerjun berasal dari Sarawak itu menempatkan diri dalam kelompok 12 penerjun wanita terbaik dunia dan yakin rakyat Malaysia tidak akan memutus sokongan terhadapnya.

Pandelela menamatkan saingan dengan 245.85 mata manakala atlet berusia 14 tahun dari China, Quan Hongchan muncul pemenang pingat emas dengan 466.20 mata.

Advertisements

Rakan senegaranya, Chen Yuxi meraih perak dengan 425.40 mata manakala penerjun Australia, Melissa Wu pula meraih 371.40 mata untuk membawa pulang gangsa.

Shah Firdaus Sahrom berjaya sampa ke peringkat 1/8 walaupun kali pertama beraksi di gelanggang Olimpik. – Sumber: MSN

Sementara itu Reezal turut memuji persembahan pelumba basikal trek negara Mohd Shah Firdaus Sahrom yang memberikan saingat sengit kepada pelumba-pelumba terbaik dunia walaupun kali pertama tampil di pentas Olimpik.

“Persembahan yang cukup baik oleh Shah Firdaus walaupun ini merupakan penyertaan kali pertama beliau di temasya terbesar ini. Jangan patah semangat! Teruskan fokus dan ambil peluang di keirin sebaik mungkin.

“Shah memberikan saingan sengit sepanjang acara berbasikal pecut. Namun persaingan Shah tamat di 1/8 Repechage selepas tewas kepada pelumba Perancis dan New Zealand,” katanya.

Manakala pelumba berpengalaman negara, Datuk Azizulhasni Awang juga gagal melangkah ke peringkat suku akhir apabila turut tewas di peringkat 1/8 Repechage.

Kedua-dua pelumba negara itu akan kembali ke trek di Veledrom Izu untuk bersaing dalam acara keirin lelaki lusa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan