28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penyertaan 3 negara Asia buktikan keupayaan AMSAS

Mesti Baca

KUANTAN – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) melakar sejarah tersendiri, apabila berjaya menarik menyertaan tiga negara Asia untuk menyertai kursus di peringkat antarabangsa yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian.

Kursus International Interdiction Boarding and Inspection Course (IIBIC) 2021 ini diadakan selama tiga hari, bermula dari 27 hingga 29 Julai lalu, disertai oleh Vietnam, Laos dan Maldives.

Kursus tersebut yang julung kali diadakan membuktikan keupayaan AMSAS mengendalikannya, rentetan daripada pengiktirafan oleh Kementerian Luar, berikutan kerjasama dengan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sejak 16 Oktober 2020.

AMSAS
Gambar: Maritim Malaysia

Kursus penggeledahan ini ditawarkan kepada semua negara Asia, melalui Kementerian Luar dan MTCP.

Advertisements

Penyertaannya mensyaratkan pegawai atau anggota yang mempunyai latar belakang mengendalikan penggeladahan dan tangkapan di lapangan negara masing-masing.

Ia menepati dan selari dengan bidang kerja Maritim Malaysia yang menekankan kepada operasi penggeladahan dan pemeriksaan kapal serta bot di laut.

Kejayaan penganjuran tersebut dianggap sebagai titik permulaan kepada akademi ini untuk terus melangkah ke hadapan dalam mengendali dan menganjurkan kursus di peringkat antarabangsa secara atas talian pada era pandemik COVID -19. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan