28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Iklim pelaburan dan politik stabil bawa Malaysia lebih maju

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Iklim pelaburan yang kukuh serta kestabilan politik akan memastikan Malaysia dapat terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang telah membolehkan negara ini mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

“Untuk memastikan Malaysia terus mencatatkan kejayaan, kita memerlukan keamanan dan kestabilan politik.

 “Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju berpendapatan tinggi pula, kita perlu mengembleng seluruh tenaga dan buah fikiran mewakili pelbagai sektor, bagi menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang tidak pernah kita alami.

“Salah satu prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan dalam dan luar negeri.

Advertisements

“Pelaburan adalah di antara pemangkin kepada pemulihan ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan eksport,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara maju kerana mempunyai pelbagai sumber dan modal insan yang berkualiti.

Oleh itu, demikian, Mustapa berkata, seluruh rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik perlu mencari titik pertemuan dan kebersamaan di bawah kepemimipinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak cucu.

“Tempoh sebulan sebelum Parlimen bersidang harus digunakan sebaik mungkin untuk bermuafakat dan meletakkan negara dalam keadaan yang lebih stabil,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan