25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Aset RM114 juta sudah dikembalikan kepada Najib, UMNO

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sejumlah aset berilai RM114 juta yang disita oleh pihak polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018 telah dikembalikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Timbalan Pendakwaraya, Faten Hadni Khairuddin berkata, berdasarkan semakan dengan pegawai penyiasat, aset terbabit telah diserahkan pada 17 Jun lepas.

Beliau berkata, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.

“(Aset) telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib melalui wakil kerana pihak pemohon (pendakwaan) tidak memfailkan rayuan,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Pada Mei lalu, Muhammad Jamil menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences yang terletak di ibu negara pada 17 Mei 2018.

Ketika menyampaikan keputusannya, Muhammad Jamil berkata, pendakwa raya gagal membuktikan wang RM114,164,393.44 yang disita itu terbabit dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan wang berkenaan wujud hasil aktiviti pengubahan wang haram.

Untuk rekod, pendakwaan pada 2019 telah memfailkan permohonan pelucuthakkan terhadap OBYU Holdings untuk melucut hak barangan.

Ia merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan