26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lebih 11 juta rakyat lengkap dos kedua vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 11 juta rakyat Malaysia sudah menerima suntikan kedua dos  vaksin COVID-19 atau bersamaan 50.2 peratus populasi dewasa, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), ia membabitkan sejumlah 11,743,096 individu manakala, seramai 17,625,760 individu menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama dos vaksin COVID-19 atau bersamaan 75.3 peratus populasi dewasa.

Setakat semalam, hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia, membabitkan jumlah sebanyak 29,368,856 dos vaksin COVID-19.

Sehingga kini, Lembah Klang terus mencatatkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 100 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 106.3 peratus (77.8 peratus jumlah populasi) berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan sejumlah 6,553,311 individu di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama. 

Advertisements

Manakala, sejumlah 4,546,662 individu telah menerima suntikan dos kedua, atau bersamaan 73.8 peratus populasi dewasa (54.0 peratus jumlah populasi).

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 531,114 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 188,474 adalah dos pertama manakala 342,640 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya. 

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 12,435 bagi dos pertama, manakala sebanyak 96,600 bagi dos kedua. 

Diikuti, Kuala Lumpur dengan sebanyak 9,952 dos pertama manakala sebanyak 59,277 bagi dos kedua. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan