30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Khairy, Khairuddin sahkan Kabinet PN bubar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan menteri-menteri Kabinet telah menyerahkan surat perletakan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Menerusi Instagramnya, Ahli Parlimen Rembau itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana memberi peluang kedua untuk beliau berkhidmat rakyat.

“Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Agong. Terima kasih kerana memberi peluang, sekali lagi, berkhidmat untuk rakyat. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya.

Khairy merupakan Menteri Belia dan Sukan ketika kerajaan Barisan Nasional pada 2013 hingga 2018 lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mengesahkan Kabinet akan terbubar hari ini.

Menerusi media sosialnya, Menteri Perladangan dan Komoditi itu memaklumkan bahawa beliau telah selesai menghadiri mesyuarat Kabinet terakhir kerajaan PN.

Sehubungan itu, bekliau, menyerahkan kepada Allah SWT tentang apa yang akan berlaku selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadap Seri Paduka Baginda hari ini.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB Perdana Menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong. Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengesahkan perkara itu sambil menegaskan: “pengunduran atas collective responsibility bukan collective guilt.

“Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat,” katanya menerusi Twitternya.

Muhyiddin dijangka mengumumkan peletakan jawatannya dan pembubaran Kabinet petang ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan