29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Khairy ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendedahkan beliau ‘ada masalah kepercayaan’ terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia susulan tindakan Zahid mengutuskan satu surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama Presiden UMNO yang memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Oktober tahun lalu.

“Sedangkan saya tidak pernah dirujuk, ditanya oleh presiden, jauh sekali saya memberi kebenaran kepada presiden untuk menggunakan nama saya.

“Macam mana saya nak percaya presiden macam ni?,” katanya selepas mengadakan lawatan di Iskandar Malaysia Studio di Iskandar Puteri seperti dilapor FMT.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, sehingga hari ini beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai menteri yang diamanahkan.

Beliau berkata, isu kepercayaan sekali lagi timbul apabila muncul rakaman perbualan Zahid dengan Anwar.

“Perkara itu dinafikan dia (Zahid) kata nak buat laporan polis, tetapi selepas itu mengaku yang rakaman itu tulen. Bagaimana saya hendak percaya presiden macam ni?

“Yang mengatakan keputusan baru-baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Kerja Tertinggi sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Majlis Kerja Tertinggi ada yang buat keputusan berbeza,” kata Khairy.

Katanya, dia dan beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO akan membuat pendirian pada sidang Parlimen pada September ini.

“Saya orang parti (UMNO) dan saya merayu kepada parti sehingga September undian akan menentukan keabsahan dan saya masih dengan UMNO, setia dengan UMNO, biarlah saya kerja vaksinasi ini.

“Bagi pihak UMNO juga, saya menteri UMNO. Selesai undi (menentukan keabsahan) nanti kita boleh buat keputusan apa seterusnya,” katanya.

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan