32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

18,688 kes COVID-19, 360 kematian hari ini

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah kes harian COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 18,688 kes direkodkan di seluruh negara, namun jumlah kematian mencapai 360 orang iaitu tertinggi setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini sebanyak 401 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 18,287 (97.9 peratus) kes-kes ringan kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 4,460 kes (23.9 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 360 kematian yang direkodkan hari ini, sebanyak 221 adalah di Selangor diikuti 41 kes di Kuala Lumpur, Perak (17 kes), Pulau Pinang (15 kes) dan Johor sebanyak 14 kes.

Kes-kes kematian lain direkodkan di Kedah sebanyak 7 kes, masing-masing enam di Negeri Sembilan dan Pahang, lima
kes di Sabah dan Terengganu, dua di Putrajaya serta satu kes di Kelantan.

Beliau berkata, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 17,055 menjadikan jumlah kes kumulatif sembuh adalah 1.026 juta atau 81.3 peratus.

“Sebanyak 225,393 kes aktif di seluruh negara, 1,095 kes memerlukan rawatan di ICU dan 571 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dari segi kluster pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 39 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster sebanyak 3,938 dengan kluster aktif sebanyak 1,213 kluster.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak tiga lagi kes positif disahkan hasil saringan yang dibuat semasa persidangn khas Parlimen menjadikan 88 kes keseluruhan.

Beliau berkata, tiga kes terbaharu dilaporkan semalam dan mempunyai kitaran ambang di antara 19.15 hingga 22.27 iaitu kadar jangkitan yang tinggi.

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir.

“Kesemua mereka mempunyai gejala ringan dan sebelum
ini telah pun mendapat vaksin lengkap. Hasil siasatan mendapati mereka juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri setelah pulang dari sidang Parlimen supaya tidak menjangkiti ahli
keluarga.

“Siasatan untuk mengenalpasti kontak rapat semasa
persidangan diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan berasingan. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan