25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

2 juta dos vaksin ditambah untuk keperluan penduduk Johor

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah dua juta dos vaksin COVID-19 yang akan diagih ke seluruh negeri Johor di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sepanjang bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tambahan bekalan itu meliputi semua jenis vaksin yang telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Vaksin ini akan diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaskin (PPV) yang terdapat di negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Adham berkata, sehingga hari ini sebanyak 1,362,298 orang telah menerima suntikan dos pertama di negeri itu manakala 540,895 lagi sudah lengkap dos kedua.

Katanya, secara keseluruhannya sudah 50.2 peratus populasi dewasa di Johor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

“Dengan dua juta dos vaksin yang akan diagihkan ke Johor pada bulan Ogos ini, ia akan membantu mempercepatkan lagi sasaran untuk mencapai imuniti kelompok di negeri itu,” katanya.

Advertisements

Beberapa hari lalu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri itu yang masih rendah.

Baginda bertitah, mengikut statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga 4 Ogos, hanya 32.3 peratus atau 1,222,507 orang baru menerima vaksin dos pertama manakala hanya 12.8 peratus atau 483,869 orang telah menerima dos kedua.

“Saya sebagai Sultan Johor bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga rakyat saya. Nyawa tidak boleh dijual beli. Saya selalu fikirkan penderitaan rakyat saya, terutamanya mereka yang jatuh sakit dengan Covid-19, dan yang telah meninggal dunia.

“Keadaan penularan yang sememangnya membimbangkan kini menjadi lebih parah dengan merebaknya kes-kes varian Delta. Strateginya amat jelas, iaitu kita mesti memvaksinkan seramai mungkin populasi negeri kita dengan kadar secepat yang mungkin.

“Amat mengecewakan apabila kami seolah-olah perlu merayu untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi untuk keselamatan rakyat kita sendiri,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan