25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

20,837 kes harian COVID-19, 1,063 kes ICU

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian kembali melepasi angka 20,000 dengan 20,837 kes menjadikan jumlah kes terkini COVID-19 mencecah 1,593,602 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes bawah 5,000 dengan 4,645 kes, dilaporkan.

“Diikuti oleh Sabah sebanyak 3,376 kes dan Pulau Pinang sebanyak 2,054 kes. 

“Seterusnya, Kedah (1,772 kes), Johor (1,743 kes), Sarawak (1,543 kes), Kelantan (1,422 kes), Kuala Lumpur (1,284 kes), Perak (1,242 kes), Pahang (521 kes), Melaka (396 kes), Terengganu (383 kes) dan Negeri Sembilan (351 kes).

“Perlis pula (74 kes), Putrajaya (27 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya terdahulu dalam ciapan Twitter di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga mencatatkan peningkatan dengan 262,713 kes termasuk 1,063 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

“Sementara, sebanyak 511 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 18,613 kes sembuh dicatatkan.

“Terdapat 211 kes kematian lagi dilaporkan pada hari ini termasuk membabitkan 24 warga asing serta 40 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 14,553 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Baca juga:   Lebih 79,000 kanak-kanak telah terima vaksin COVID-19

Dalam pada itu, menurut beliau, sebanyak 16,949 kes (81.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Baca juga:   5,726 kes harian COVID-19 dilaporkan hari ini

“Sebanyak 358 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 20,479 kes (98.3 peratus) daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,”katanya.

Beliau berkata, sebanyak 100 kes kategori lima dilaporkan dengan 83 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 63 kes kategori empat dengan 52 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 195 kes kategori tiga dengan 157 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 10,939 kes kategori dua dengan 8,917 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, sebanyak 9,540 kes kategori satu dengan 7,740 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 34 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada 22 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Tambah beliau, nilai RT Malaysia semalam adalah sebanyak 1.01 dengan negeri mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.26), diikuti oleh Perlis (nilai 1.25) dan Sabah (nilai RT 1.19).

Baca juga:   Jumlah kes harian semakin hampiri 7,000

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   Covid-19: Kes baharu 1,828, Johor catat kes tertinggi

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan