26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Kes baharu harian COVID-19 kembali lepasi angka 20,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 negara hari ini kembali melepasi angka 20,000 dengan sebanyak 20,780 kes baharu dilaporkan.

Ini kali ketiga kes harian melepasi angka tersebut dengan dua kes dilaporkan pada 6 Ogos iaitu sebanyak 20,889 kes manakala, 20,596 kes pula pada 5 Ogos.

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,320,547 kes sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 233,358 kes termasuk 1,053 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 546 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pasa itu, sebanyak 17,973 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 1,075,816 kes.

Terdapat 211 kes kematian COVID-19 lagi dicatatkan pada hari ini dengan 27 kes warga asing melibatkan 114 lelaki dan 97 wanita serta sebanyak 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), manakala kes kematian terkini mencecah 11,373 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi dengan sebanyak 6,921 kes dilaporkan.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan 2,065 kes, Johor (1,693 kes), Kedah (1,534 kes), Sabah (1,514 kes), Pulau Pinang (1,385 kes), Kelantan (1,284 kes) dan Negeri Sembilan (1,015 kes).

Baca juga:   Saifuddin Nasution tak layak cakap isu lompat parti
Baca juga:   Lebih 500,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

“Seterusnya, Perak (828 kes), Melaka (636 kes), Sarawak (634 kes), Terengganu (613 kes) dan Pahang (585 kes).

“Putrajaya (41 kes), Perlis (29 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya terdahulu dalam perkongsian di Facebook beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, daripada jumlah kes harian, sebanyak 400 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 20,380 kes (98.1 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 5,138 kes (24.7 peratus) daripada jumlah kes tersebut mempunyai sejarah imunisasi COVID-19.

“Didapati 75.27 peratus kes yang baharu didiagnosis COVID-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, beliau berkata, mengikut status vaksinasi kes COVID-19, sebanyak 157 kes kategori lima dengan 151 kes atau 96.2 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala, 77 kes kategori empat dengan 57 kes atau 74.0 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Sebanyak 166 kes kategori tiga dengan 109 kes atau 65.7 peratus tiada sejarah vaksinasi, 10,800 kes kategori dua dengan 7,167 kes atau 66.4 peratus tiada sejarah vaksinasi dan 9,580 kes kategori satu dengan 8,158 kes atau 85.2 peratus tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Baca juga:   Covid-19: Beri kuasa autonomi kepada guru besar tutup sekolah
Baca juga:   PPV IDCC Shah Alam ditutup sehari, petugas positif Covid-19

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 31 kluster baharu dikenal pasti lagi pada hari ini terdiri daripada 18 kluster tempat kerja, 11 kluster komuniti serta dua kluster kumpulan berisiko tinggi.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan