31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Kelantan salur bantuan khas RM1,500 urus jenazah bagi B40

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOTA BAHRU – Kerajaan Kelantan akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada golongan B40 bagi pengurusan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Memetik laporan Bernama, Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau berkata, inisiatif berkenaan akan bermula pada 15 Ogos ini dengan keluarga jenazah hanya perlu mengisi borang serta menyediakan beberapa dokumen yang diminta pihak berkaitan bagi proses permohonan bantuan itu.

“Kerajaan negeri faham situasi yang dihadapi seluruh penduduk terutama golongan B40 yang terjejas ekoran pandemik COVID-19,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, buat masa ini peruntukan disediakan bagi bantuan khas pengurusan jenazah COVID-19 itu adalah antara RM200,000 dan RM300,000 secara keseluruhannya berdasarkan bilangan kes kematian akibat jangkitan wabak itu ketika ini.

Baca juga:   PPD perlu jadi ejen sebar luas dasar, hala tuju pendidikan

Sementara itu, beliau turut berkata, berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard dalam kalangan orang ramai di pasar awam berdasarkan kepada maklumat dan pemerhatian pihaknya.

Justeru, Ahmad mengingatkan penduduk Kelantan supaya terus mematuhi dan mengamalkan SOP walaupun kerajaan Persekutuan mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti sosial kepada penerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai 'Tiket Rahmah' bermula hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan