24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Imbuhan wajar diberi kepada John Beasley – Muqharabbin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA- Kerajaan wajar mempertimbangkan imbuhan agar dapat diberikan kepada jurulatih pelumba basikal negara, John Beasley di atas sumbangannya kepada Malaysia sehingga membawa kejayaan pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, imbuhan serta pengiktirafan wajar diberikan kepada Beasley, samada menerima gelaran Datuk bersama Imbuhan khas, penyambungan kontrak jurulatih dan juga pemastautin tetap bagi membalas jasa dan sumbangan beliau kepada Malaysia.

Beliau yang juga Atlet Sukan Lasak, Penjelajah Grand Slam Negara berkata, pengorbanan Beasley kepada negara selama berbelas tahun dalam melatih pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang, perlu mendapat pengiktirafan sewajarnya.

“Bukan mudah menjadi seorang jurulatih yang berjaya menghasilkan atlit bertaraf dunia seperti Azizulhasni dan lainnya. Kejayaan beliau dalam merancang strategi selama bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil buat atlet negara.

Advertisements

“Semenjak beliau menjadi jurulatih, ramai yang sudah mencapai kejayaan berganda antaranya Josiah Ang, Fateha Mustapha dan kini telah berjaya melahirkan para pelapis lainnya seperti Fadhil Zonis, Mohd Shah Firdaus dan Anis Roshidi yang berjaya merangkul beberapa pingat di temasya antarabangsa.

“Bahkan, setelah Azizulhasni memenangi pingat di Rio, beberapa buah negara telah menawarkan beliau untuk menjadi jurulatih bagi negara mereka, namun Beasley menolak tawaran lumayan tersebut semata-mata untuk terus melahirkan lebih ramai pelumba basikal Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican dapat membawa dan menyampaikan perkara ini ke atas,”katanya menerusi kenyataan media di sini.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan