30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyifatkan keadaan kesihatan dirinya ibarat ‘bom jangka’ selepas didapati menghidapi penyakit jantung Anomalous Right Coronary Artery.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, Azizulhasni berkongsi pengalaman beliau buat pertama kali kepada orang ramai berkenaan penyakit jantung yang dihidapinya itu.

Saya tak rasa apa-apa ke dari kecil? Kenapa baru sekarang rasa simptom dia? Macam mana boleh tiba-tiba nak buat screening? antara persoalan yang bermain di fikiran Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman.

Bercakap pasal simptom ni agak panjang ceritanya, tapi jika dipendekkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya semakin kuat dan jelas lagi-lagi ketika saya membuat persiapan ke Sukan Olimpik, ujar Azizulhasni.

“Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebab oleh proses umur yang semakin meningkat.

“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu.

“Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana simptoms dia adalah lain daripada yang lain.

“Isteri saya kerisauan dan memaksa untuk terus ke hospital kerana tanda-tanda itu sedikit seperti serangan jantung.

“Saya ni boleh pula memilih untuk pergi selepas dah selesai solat Isyak atas alasan nak selesaikan kewajiban dulu serta saya juga tahu mesti akan lama punya kena tahan nanti. Mengamuk member. Saya berada di wad kecemasan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya telah mendapat serangan jantung.

Baca juga:   Dunia khayalan, teknologi dan magis dalam The Sea Raiders
Baca juga:   Penyelidik perlu ketengahkan R&D inovasi agromakanan

“Tidak ada peningkatan Troponin dalam darah yang menjadi salah satu tanda kalau mendapat serangan jantung. Akan tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya

“Dari sinilah doktor keluarga saya (family GP) iaitu Dr Ati memainkan peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasalahan yang sebenarnya,” katanya.

Katanya, masa pertama kali mengetahui ada kondisi sebegini, doktor pakar jantung terkejut dan kata ‘someone look after you and you’re so so lucky’.

“Ini bukan kali pertama saya terima kenyataan seperti ini. Waktu pertama kali dahulu adalah ketika kaki saya tertusuk kayu di Manchester.

“Doktor kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini. Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya ujar saya.

“Keadaan saya ini ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini.

“Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu. Saya boleh mati pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’.

Baca juga:   Kos rawatan jantung dijangka meningkat - Dr Noor Hisham

“Akan tetapi saya sedikit degil, masih teruskan latihan seperti biasa sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi.

Baca juga:   Kos rawatan jantung dijangka meningkat - Dr Noor Hisham

“Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan mati ‘anytime’ pun, saya nak buat apa yang saya nak buat dulu. Saya nak manfaatkan Ramadan sepenuhnya, teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok. Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa.

“Apa yang kita boleh belajar dari perkongsian saya hari ini? Terus melakukan ‘full screening’ jika anda mempunyai simptoms atau masalah berkaitan jantung kerana ianya adalah ‘life threatening situation’.

“Kalau anda dinasihatkan untuk berehat maka berehatlah dan janganlah memilih untuk memperjudikan nyawa anda,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Syed Saddiq kongsi gambar melawat Muhyiddin

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berkongsi sekeping gambar ketika beliau melawat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan