32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemimpin UMNO kata ‘kirim salam’, apa nasib MN?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Apakah kerjasama UMNO dan PAS dalam kerangka Muafakat Nasional (MN) yang terjalin sejak hampir dua tahun lalu akan berakhir?

Persoalan itu timbul ekoran reaksi salah seorang pemimpin tertinggi parti tersebut dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS semalam.

Memetik laporan Utusan TV, sumber mendakwa, dalam pertemuan bagi membincangkan perkembangan politik semasa itu, pemimpin UMNO tersebut dikatakan menyebut perkataan ‘kirim salam’.

Difahamkan, reaksi berkenaan seolah-olah memberi gambaran bahawa MN yang terbentuk dalam Himpunan Perpaduan Ummah pada 14 Disemberi 2019 bakal berakhir.

“Kepemimpinan PAS terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh pemimpin tersebut kerana mereka tidak menyangka sama sekali pemimpin itu akan berkata demikian,’’ dakwa sumber itu.

Beliau mendakwa, pemimpin UMNO itu juga begitu yakin misi UMNO untuk menumbangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui undi percaya di Parlimen tidak lama lagi akan berjaya.

‘’Cara beliau bercakap itu, seolah-olah UMNO tidak memerlukan undi PAS jika Perdana Menteri baharu mahu dilantik,’’ katanya.

Advertisements

Sumber itu mendakwa, tindakan pemimpin UMNO berkenaan dikatakan mengejutkan seorang lagi pemimpin parti berkenaan yang tetap mahu mempertahankan MN demi perpaduan dan kuasa politik orang Melayu.

Difahamkan, walaupun salah seorang pemimpin tinggi UMNO tersebut memberi bayangan MN sudah berakhir, PAS tetap tidak akan berputus asa.

Sebaliknya, usaha akan diteruskan oleh PAS bagi mendapat sokongan pemimpin-pemimpin UMNO yang majoritinya masih mahu MN dikekal dan diperkukuhkan khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hubungan UMNO dan PAS mula menjadi tanda tanya apabila UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini.

Pada masa yang sama, PAS masih teguh menyokong kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN.

Sebelum ini, orang Melayu dan umat Islam menyambut baik penubuhan MN yang dilihat berupaya menyatupadukan mereka melalui platform politik.

Perselisihan politik antara PAS dan UMNO merugikan orang Melayu dan umat Islam di negara ini dan kemuncaknya adalah apabila Pakatan Harapan beroleh kuasa selama 22 bulan setelah memenangi PRU-14.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan