31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

CITF nafi khidmat GP dihentikan dalam PICK

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID -19 (CITF) menjelaskan dakwaan pembabitan pengamal perubatan am swasta (GP) dihentikan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah tidak tepat.

CITF berkata, sebaliknya khidmat GP akan dipertimbangkan lagi pada masa depan terutama untuk program vaksinasi dos ketiga dan juga kanak-kanak dan remaja pada masa depan.

Menurutnya, pembabitan GP akan dipertimbangkan bagi menjamin kesinambungan PICK kerana tiada lagi PPV akan beroperasi ketika itu.

“CITF amat menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh GP dalam PICK kerana membantu menyumbang kepada pencapaian negara mencatatkan kadar vaksinasi harian per kapita antara terpantas di dunia baru-baru ini,” katanya.

Menurut CITF, pada Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang baru-baru ini, GP telah menyumbang lebih kurang lima peratus daripada keseluruhan suntikan yang diberikan sepanjang tempoh itu.

“Berikutan dengan itu, setakat 21 Ogos lalu, populasi dewasa Lembah Klang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah sebanyak 107.7 peratus, yang juga mengambil kira vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin.

“Lanjutan selesainya operasi itu, wujud keperluan untuk bilangan PPV di Lembah Klang dikurangkan, termasuk yang melibatkan khidmat GP.

“Setakat hari ini, sebanyak 12 PPV di Lembah Klang telah ditutup manakala, 21 lagi PPV lain akan ditutup bagi tempoh 23 hingga 29 Ogos ini.

“Daripada 32 PPV yang ditutup itu, tujuh adalah PPV Awam.

“Bagi keperluan masa hadapan, CITF akan muktamadkan kemudian khususnya bagi keperluan dos penggalak, vaksinasi remaja (umur 12-17 tahun) dan vaksinasi berterusan untuk pendaftar baru dari masa ke masa.

“Pengumuman pelaksanaan perkara-perkara ini dan lain-lain lagi perkara akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sehubungan dengan itu, CITF berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini,sebaliknya memandang ke hadapan dan memperkukuhkan lagi usaha untuk memerangi pandemik COVID -19. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan