29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Azizulhasni terima insentif daripada Kerajaan Terengganu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA TERENGGANU – Kejayaan jaguh trek berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang menyumbang pingat perak buat Malaysia pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terus dihargai apabila menerima insentif bernilai RM350,000 daripada kerajaan Terengganu hari ini.

Ganjaran itu berupa sebuah rumah teres setingkat bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata insentif tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan Azizulhasni yang berkorban masa dan keringat untuk mengharumkan nama negara dan juga negeri kelahirannya.

“Kepulangan beliau (Azizulhasni) bersama pingat perak adalah satu kebanggaan bagi anak Terengganu.

“Beliau membuktikan bahawa semua orang boleh mempunyai cita-cita tinggi, yang penting usaha keras dan sokongan daripada pelbagai pihak tanpa henti,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Kediaman Seri Iman, di sini.

Azizulhasni yang turut digelar The Pocket Rocketman merangkul pingat perak di peringkat akhir acara keirin lelaki di Veldorum Izu, di Shizuoka, Tokyo, pada 8 Ogos lalu.

Beliau berkata, kekuatan tidak hanya datang dari kemampuan fizikal semata-mata, tetapi ianya juga datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Advertisements

“Saya harap semangat ini dapat dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Negeri Terengganu Darul Iman,”katanya.

Sementara itu, Azizulhasni berkata beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas ganjaran yang diterimanya.

Menurut anak kelahiran Dungun itu, ganjaran tersebut akan menjadi pembakar semangat untuk beliau meraih pingat emas di Sukan Olimpik 2024 di Perancis nanti.

“Ganjaran ini juga akan menjadi motivasi kepada atlet-atlet negeri untuk lebih berjaya di peringkat antarabangsa.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri dan seluruh pihak yang terlibat khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Majlis Sukan Negeri Terengganu di atas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan