31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Azalina letak jawatan Timbalan Speaker, elak bias

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan yang dikongsi dalam akaun Facebooknya malam tadi, Azalina berkata tindakan tersebut diambil supaya dapat menjalankan kewajipan dengan berkesan tanpa rasa takut atau memihak kepada mana-mana pihak.

Justeru, beliau mencadangkan agar Speaker dan Timbalan Speaker digantung daripada jawatan parti politik pada masa akan datang bagi memastikan keadilan dan saksama daripada pengaruh politik.

Beliau berkata terdapat percanggahan peranan dan tanggungjawab antaranya menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen dalam kerajaan memerintah dengan peristiwa lampau telah mendedahkan keputusan bercanggah dalam UMNO sebagai parti dan Ahli Parlimen kerajaan gabungan.

“Dengan pelantikan Perdana Menteri baharu serta tuntutan jelas rakyat untuk kerjasama pelbagai pihak politik, saya meletak jawatan hari ini supaya kerajaan dan pembangkang dapat lebih banyak ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat agar ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum persaingan profesional mengenai dasar dan urus tadbir.

“Saya akan menyokong sebarang pembaharuan kerajaan dan pembangkang dalam usaha mencari penyelesaian bijak secara kolektif.

“Ini adalah satu penghormatan besar dan peluang berkhidmat sebagai Timbalan Speaker selama 13 bulan yang lalu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Di samping itu, katanya, perkembangan sejak 17 bulan lalu telah mendorong beliau memikirkan kecacatan institusi Parlimen termasuk keterbatasannya sendiri untuk menjalankan tugas dengan baik dalam suasana sedemikian tanpa berkompromi dengan integriti profesionalnya.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan