27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 24, 2022

9 lagi kes COVID-19 dikesan di Parlimen, satu kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak sembilan lagi kes positif COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan pengesanan jangkitan kes COVID-19 dan penilaian risiko penularan jangkitan di Parlimen menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 97 kes.

Sebelum ini, pada 7 Ogos lalu, sejumlah 88 kes COVID-19 dikesan di mana 56 kes adalah hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dengan empat kes kontak rapat; 17 kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat dengan tiga kontak rapat dan lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada pertambahan jumlah baharu kes positif COVID-19 tersebut, empat kes daripadanya adalah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 hasil saringan semasa Pra-Dewan Rakyat.

“Empat kes ini baharu ini dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan dikesan positif COVID-19 menggunakan RTK Ag pada 23 Julai lalu.

“Kesemua kes didapati begejala ringan dan telah diberi Perintah Pengawasan dan Kawalan (HSO) di rumah. Kesemua mereka juga telah pulih dan mulai bekerja setelah tamat HSO.

“Manakala, satu kes baharu dilaporkan pada 10 Ogos 2021 di mana kes ini juga merupakan kes kematian pertama yang baharu dikesan positif COVID-19 dengan ujian RT PCR pada 31 Julai 2021. Kes ini telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat,”katanya.

Baca juga:   VTL darat berkuat kuasa mulai 20 Disember ini

Di samping itu, katanya, sebanyak empat kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang telah hadir semasa persidangan Dewan Rakyat telah dikesan.

Baca juga:   Peningkatan kes Covid-19 telah dijangka - Noor Hisham

“Satu kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR iaitu 19.62, manakala yang lainnya adalah di antara 32.76 sehingga 36.07.

“Selebihnya, enam kes telah lengkap mendapat dua dos vaksin, dan dua lagi kes adalah kanak-kanak (kontak rapat kes) yang belum layak mendapat vaksin,”katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian yang telah dinyatakan di atas adalah melibatkan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen dari 26 hingga 29 Julai lalu.

“Ujian saringan pra Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu dan ujian RTK-Ag Self-Test Kit Saliva (29 Julai 2021) ke atas pegawai terbabit adalah negatif. Beliau bagaimanapun kemudiannya telah menunjukkan gejala pada 31 Julai lalu dan positif ujian PCR dengan nilai kitaran ambang atau CT value 14.88.

“Keadaan beliau bertambah teruk dan telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos untuk rawatan lanjut. Namun keadaan beliau amat kritikal dan meninggal dunia, semalam,”katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan KKM setakat ini mendapati walaupun kes-kes positif ini tidak mempunyai hubungkait antara satu sama lain kecuali kontak rapat, namun perkongsian bilik dan kemudahan asas seperti tandas, surau dan ruang makan oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan COVID-19 di Parlimen.

“Adalah dimaklumkan bahawa lapan sampel kes Parlimen yang mempunyai CT value rendah telah dihantar ke IMR untuk ujian genomik.

Baca juga:   VTL darat berkuat kuasa mulai 20 Disember ini
Baca juga:   PPLH 2.0 guna kaedah patuh syariah, urusan lebih telus

“Didapati sebanyak lima daripadanya adalah varian VOC Delta manakala dua sampel tidak berjaya diproses dan satu sampel lagi masih menunggu keputusan.

“Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya bergejala, mereka dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan mendapatkan rawatan segera,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan