24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

22,948 kes baharu COVID-19, 42 kluster lagi dikenal pasti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 masih melepasi angka 22,000 dan semakin menghampiri 23,000 dengan 22,948 kes dilaporkan pada hari ini.

Kelmarin, negara melepasi angka tersebut dengan 22,242 kes serta dua kali melepasi angka 21,000 iaitu pada 12 Ogos lalu sebanyak 21,668 kes dan sebanyak 21,468 kes pada 13 Ogos.

Dengan pertambahan kes baharu berkenaan, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 1,489,460 kes sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan angka kes tertinggi dengan sebanyak 7,175 kes dilaporkan.

“Ia diikuti Sabah dengan sebanyak 2,583 kes dan Kedah sebanyak 2,137 kes.

“Seterusnya, Pulau Pinang (1,655 kes), Johor (1,526 kes), Kuala Lumpur (1,439 kes), Kelantan (1,271 kes), Perak (1,229 kes), Sarawak (1,206 kes), Melaka (737 kes), Pahang (736 kes), Terengganu (621 kes) dan Negeri Sembilan (556 kes).

“Perlis pula (42 kes), Putrajaya (26 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya terdahulu pada ciapan Twitter di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, dalam masa sama, kes sembuh harian turut mencatatkan angka tertinggi dengan 21,720 kes menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 1,220,446 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus meningkat kepada 255,534 kes termasuk 1,060 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 528 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 178 kes kematian COVID-19 lagi dilaporkan pada hari ini yang turut membabitkan 23 warga asing terdiri daripada 109 lelaki dan 69 wanita dengan 35 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan kes kematian terkini sebanyak 13,480 kes,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Advertisements

Menurut beliau daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 457 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 22,491 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Sebanyak 17,981 kes (78.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap divaksinasi.

“Sehubungan dengan itu, dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan serius dan diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan di dalam negara terutamanya kes kategori tiga hingga lima,” katanya.

Beliau turut menambah, sebanyak 187 kes kategori lima dilaporkan dengan 156 kes atau 83.4 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 77 kes kategori empat dengan 65 kes atau 84.4 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.  

“Sebanyak 193 kes kategori tiga dengan 164 kes atau 85.0 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 10,900 kes kategori dua dengan 8,528 kes atau 78.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 11,591 kes kategori satu dengan 9,068 kes atau 78.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.  

Di samping itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 42 kluster baharu dikenal pasti lagi yang terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.  

Sementara, tambah beliau, data kebolehjangkitan pada semalam turut menunjukkan, nilai RT Malaysia sebanyak 1.04 dengan negeri mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33).

“Diikuti Sarawak (nilai RT 1.21) dan Sabah (nilai RT 1.19) dan semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan