CYBERJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bakal menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off kepada pengusaha spa dan pusat urutan kaki.
MOTAC dalam kenyataannya berkata, bantuan yang diberikan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu dijangka akan dimanfaatkan oleh kira-kira 433 pengusaha spa dan pusat urut kaki berdaftar.
Menurutnya, kementerian menyeru semua pengusaha spa dan pusat urusan kaki yang layak untuk segera mengemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini.
“Pengusaha spa dan pusat urutan kaki ini hendaklah bernaung di bawah persatuan yang diiktiraf oleh MOTAC iaitu Association of Malaysian Spas (AMSPA) dan Malaysian Association of Wellness & Spa (MAWSPA).
“Borang permohonan secara atas talian, syarat permohonan dan maklumat berkaitan boleh didapati di pautan http://www.motac.gov.my/PrihatinMOTAC21_Spa mulai 19 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan berkenaan adalah pada 6 September ini.
“MOTAC sentiasa berusaha untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pengusaha spa dan pusat utusan kakit dalam menghadapi wabak pandemik C0VID-19.
“Menerusi PEMULIH akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000.00 secara One-Off kepada mereka yang terjejas dalam masa yang terdekat. – Edisi 9