31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

20,579 kes baharu harian COVID-19, 2.2% kategori 3,4,5

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 20,579 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID -19 1,706,089 kes.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter beliau di sini.

Beliau berkata, Selangor merekodkan sebanyak 4,591 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,578 kes dan Sarawak sebanyak 2,522 kes.

“Seterusnya, Johor (1,852 kes), Kedah (1,755 kes), Pulau Pinang (1,378 kes), Kelantan (1,316 kes), Perak (1,208 kes), Pahang (839 kes), Terengganu (789 kes), Kuala Lumpur (680 kes), Melaka (636 kes) dan Negeri Sembilan (329 kes).

“Perlis (56 kes), Putrajaya (48 kes) dan Labuan (dua kes),”katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian COVID -19 mencatatkan angka melepasi 16,000 dengan 16,087 kes selepas pertambahan sebanyak 285 kes semalam melibatkan 240 warga Malaysia dan 45 warga asing.

“Dalam masa sama, sebanyak 51 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) turut dicatatkan dengan 30 warga Malaysia dan 21 warga asing serta sebanyak 205 kes mempunyai sejarah penyakit.

“Kes sembuh yang direkodkan juga sebanyak 20,845 kes sekali gus melebihi kes harian yang melaporkan sebanyak 20,579 kes, iaitu menurun sedikit berbanding angka dilaporkan pada kelmarin.

“Manakala, kes aktif pula menurun sedikit dengan 267,997 kes termasuk 1,009 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 477 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dr. Noor Hisham menambah, sebanyak 455 kes (2.2 peratus) daripada kes harian adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, 20,124 kes (97.8 peratus) kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID -19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius,” katanya.

Menurutnya lagi, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 152 kes adalah daripada kategori lima dengan 137 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 81 kes kategori empat dengan 62 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sementara, sebanyak 222 kes kategori tiga dengan 170 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dalam pada itu, sebanyak 10,674 kes kategori dua dengan 8,262 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 9,450 kes kategori satu dengan 7,020 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Beliau juga memaklumkan, terdapat 26 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 20 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan