31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kabinet Ismail Sabri: Untung, rugi kepada UMNO

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh SAIFUL BAHAR MOHD ARSHAD

PENGUMUMAN Kabinet baharu menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membariskan 31 orang menteri dan 38 timbalan menteri sebagai anggota pentadbiran kerajaan pimpinannya.

UMNO telah belajar daripada kesilapan pada bulan Mac 2020, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, UMNO tidak mempunyai sebarang strategi untuk meminta portfolio-portfolio menteri Kabinet yang baik-baik untuk ahli-ahli Parlimen mereka.

Ketika itu UMNO memberi menyerahkan sepenuhnya kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri Kelapan untuk menententukan jawatan bagi ahli-ahli Parlimen UMNO.

Maka, UMNO ketika itu hanya mendapat jawatan Menteri Pertahanan, Kesihatan, Belia dan Sukan, Tenaga dan Sumber Asli, Perpaduan, Pengajian Tinggi, Luar Negeri, Sains, Inovasi dan Teknologi serta Wilayah Persekutuan.

Setelah 3 bulan Kabinet dibina, baharulah UMNO sedar bahawa mereka tidak mendapat kementerian-kementerian yang utama yang boleh membantu rakyat ataupun dipanggil people centric ministry.

Kini, Perdana Menteri dari parti UMNO kembali menerajui Kerajaan Persekutuan.

Maka, kali ini juga baharulah UMNO kelihatan mempunyai strategi yang lebih baik serta terfokus dengan memastikan empat kementerian utama yang dilihat sebagai strategik dan people centric dikembalikan kepada.

Kementerian-kementerian itu ialah Kemajuan Luar Bandar (Datuk Seri Mahdzir Khalid), Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican), Komunikasi dan Multimedia (Tan Sri Annuar Musa) serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Tan Sri Noh Omar).

UMNO mengambil empat kementerian tersebut dan melepaskan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli kepada Pas, Belia dan Sukan serta Kementerian Luar kepada parti Bersatu.

UMNO juga mengambil Kementerian Pembangunan Usahawan daripada GPS. Manakala, GPS pula mengambil alih jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen.

Pas pula beruntung kerana dapat meletakkan Naib Presiden mereka iaitu Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memegang fortfolio Hal Ehwal Agama Islam.

Ini merupakan satu-satunya jawatan di dalam Kerajaan Persekutuan, yang menjadi idaman kepada Pas selama ini. Perjuangan mereka sudah hampir sampai kepada kemuncaknya.

Sesungguhnya, pembentukan Kabinet Ismail Sabri memberi sedikit keuntungan kepada UMNO kerana daripada sembilan menteri Kabinet sebelum ini, kini UMNO mempunyai 10 menteri, tidak termasuk Perdana Menteri.

Kementerian-kementerian pula adalah yang baik-baik dan strategik untuk membantu rakyat.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang terpilih sebagai Menteri penuh, diminta oleh Perdana Menteri agar membuktikan keupayaan dan prestasi mereka dalam masa 100 hari ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64!

  • Penulis adalah penganalisis politik dan isu semasa. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan