24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Banyak ‘kerja rumah’ bakal menanti Khairy di KKM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ramai yang tertanya-tanya kenapa kadar jangkitan harian COVID-19 masih tinggi sehingga melebihi 20,000 kes setiap hari dan jumlah kematian juga sekitar tiga angka sejak hampir sebulan lalu.

Sedangkan jumlah pemberian vaksin di negara kita antara yang paling pantas di rantau ini dan sehingga semalam 82.2 peratus penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau 61.9 peratus sudah mendapat dos lengkap.

Di mana tidak kena? Bukankah sepatutnya jumlah jangkitan harian berkadar songsang dengan jumlah pemberian vaksin? Maknanya jika jumlah vaksinasi meningkat, jumlah kes positif juga sepatutnya menurun apatah lagi kes-kes kematian?

Paling ketara dapat dilihat senario yang berlaku di Lembah Klang membabitkan tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mengikut jumlah kadar vaksinasi di Lembah Klang sudah mencapai 110.7 peratus bagi dos pertama dan 89.5 peratus sudah mendapat dos lengkap.

Tetapi kes-kes positif harian di Lembah Klang tidak menampakkan penurunan yang ketara bahkan kadar kematian juga tidak banyak berubah sejak beberapa minggu lalu. Di mana silap?

Mengikuti laporan harian kes-kes COVID-19 yang dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes kelihatan menurun atau lebih rendah pada hujung minggu.

Ini kerana difahamkan beberapa negeri tidak membuka pusat saringan COVID-19 pada hujung minggu baik pada Jumaat, Sabtu mahupun Ahad.

Sebab itulah rekod harian pada hari Sabtu, Ahad atau Isnin menunjukkan penurunan tetapi kembali melonjak pada pertengahan minggu apabila pusat-pusat saringan dibuka sepenuhnya.

Mengikut laporan media, jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah berkurangan manakala kadar pesakit bagi kategori 3, 4 dan 5 juga di bawah paras 2 peratus setiap hari berbanding lebih 20,000 kes.

Yang menjadi kemusykilan orang ramai, kenapa kes-kes kematian masih mencatat jumlah yang tinggi setiap hari iaitu melebihi 200 orang. Bahkan sehingga sekarang jumlah kematian di Malaysia sudah mencapai 15,000 orang akibat COVID-19.

Kadar kematian di rumah akibat COVID-19 terus meningkat, terutama melibatkan mereka yang tidak menerima vaksin atau vaksinasi belum lengkap. Lalu, apa langkah KKM untuk mengatasinya?

Justeru, di sinilah rakyat mahu melihat keupayaan Khairy apakah boleh menyelesaikan isu-isu yang membelengu fikiran rakyat.

Beliau sebelum ini dianggap antara menteri yang cemerlang menerajui Kementerian Sainsa, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terutama dalam mengendalikan PICK selaku menteri penyelaras.

Advertisements

Kecemerlangan sama sudah tentu dituntut apabila beliau menggantikan Datuk Seri Dr Adham Baba yang bertukar portfolio dengannya.

Biarpun tidak mempunyai latar belakang bidang perubatan, namun ramai yang mengharapkan Khairy membawa bebola ajaib untuk mengubah data dan angka berkaitan jumlah COVID-19 setiap hari.

Dalam hal ini, penulis mahu memberikan ‘kerja rumah’ kepada Khairy apabila beliau secara rasmi memasuki pejabat mulai esok, selepas majlis angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Khairy perlu menyemak, apakah benar KKM mengumpul jdata-data pesakit dan kematian akibat COVID-19 harian secara manual dengan menghubungi melalui telefon setiap hospital dan pusat saringan COVID-19?

Benarkah KKM tidak mempunyai satu sistem secara masa nyata (real time system) untuk mengemas kini maklumat pesakit COVID-19 dan kematian sehingga terpaksa dilakukan secara manual?

Apakah benar laporan kematian setiap hari tidak menggambarkan keadaan sebenar pada hari tersebut kerana terdapat kes-kes kematian yang berlaku sehari atau dua hari sebelum itu, tetapi direkodkan pada hari berikutnya sehingga berlaku ‘longgokan’ kes?

Apakah kerana pada hari-hari hujung minggu data dan angka tidak boleh dikemas kini berikutan pejabat berkaitan tidak beroperasi?

Benarkan wujud ‘politik dalaman’ dalam kalangan para pegawai kanan pentadbiran KKM sendiri sehingga mengganggu kelancaran penyelesaian isu pandemik ini?

Itulah antara isu-isu yang perlu disemak oleh Khairy sejurus memasuki pejabat esok kerana hal-hal seperti ini hendaklah jelas agar tidak berlaku kekeliruan dan salah faham dalam kalangan rakyat.

Penulis bukan mahu mencari salah atau cuba menimbulkan kelemahan di KKM tetapi sebagai menteri yang begitu komited dengan tugas, Khairy mungkin mampu merungkai permasalahan tersebut agar Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang sebelum ini berjalan lancar.

Ingat, setiap kementerian dan menteri berkaitan diberi masa 100 hari untuk membuat menunjukkan prestasi mereka.

Tetapi andai ada masalah-masalah yang dinyatakan penulis di atas tidak disemak, diperbetul jika benar, atau dibiarkan berlarutan nescaya segala usaha semua pihak mengeluarkan negara daripada cengkapan pandemik COVID-19 akan menemui jalan buntu.

Selamat bertugas KJ! – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan