25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Muhyiddin sifatkan pemergian Allahyarham Lajim satu kehilangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu merupakan satu kehilangan buatnya.

Allahyarham Lajim, 66, merupakan ahli politik berpengalaman, yang banyak berjasa mencorakkan hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka tabah.

“Allahyarham adalah seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang saya kenali sejak sekian lama, serta pernah bersama-sama berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini.

“Mewakili parti dan Perikatan Nasional saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Allahyarham.

“Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah. Semoga amalan baik Allahyarham mendapat ganjaran daripada ALLAH S. W. T dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam catatan di Facebook hari ini.

Baca juga:   MPN yakin pemulihan ekonomi negara kembali rancak

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital KPJ, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 6.23 pagi, dan jenazahnya disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort.

Sepanjang hayatnya, Lajim pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun media sosialnya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, dan mendoakan supaya ALLAH S. W. T mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama orang yang beriman. – Edisi 9

Baca juga:   PM gadai prinsip tatakelola, Kabinet paling mengecewakan

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan