26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

TH beri jaminan kepentingan pendeposit tetap terpelihara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan cadangan penambahbaikan pengurusan dan operasinya tidak akan mengganggu urusan harian 8.3 juta pendepositnya mahupun sebarang urusan berkenaan operasi institusi kewangan itu. 

TH dalam satu kenyataan berkata, penambahbaikan pengurusan itu melibatkan kajian oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Negara mahupun pelaksanaan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI). 

“Operasi harian TH akan terus berjalan seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, TH berkata, pihaknya juga memberi jaminan kepada pendeposit bahawa hak mutlak pengurusan dan operasi Haji akan terus kekal bersama institusi itu. 

“Para pendeposit juga dijamin kerajaan di bawah seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, terus kekal demi kepentingan para pendeposit selain penglibatan TH dalam sektor ekonomi berdasarkan tadbir urus, pengurusan dan operasi yang utuh. 

“Selain itu, TH akan terus membuat penambahbaikan dari segi tadbir urus, pengurusan, operasi dan pelaburan utuh di samping TH akan terus kekal relevan melalui inisiatif ini dan akan bekerjasama serta terlibat dalam kajian Jabatan Perdana, Kementerian Kewangan dan Bank Negara demi kepentingan pendeposit,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 1963, TH telah berkembang dari jumlah deposit hanya kira-kira RM46,000 kepada hampir RM82 billion pada hari ini.

Ini adalah paras yang tertinggi dalam sejarah penubuhannya lebih 58 tahun yang lalu dan menggambarkan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan pendeposit terhadap TH.

Jelas TH, inistitusi kewangan itu kini berada pada landasan yang baik dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh dan stabil.

“TH juga sedang dan senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit dimana lebih 80 peratus transaksi kewangan dilakukan secara dalam talian.

“Keyakinan dan kepercayaan ini adalah satu amanah yang amat berat dan TH perlu sentiasa berusaha untuk menambah baik dan mengukuhkan tadbir urus dan operasinya bagi menjaga kepentingan pendeposit,”katanya.

Dalam pada itu, TH turut menyarankan agar kajian menyeluruh oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan TH dapat dibuat untuk menilai model operasi baharu yang dicadangkan, di samping mengambil kira kapasiti sedia ada TH termasuklah aset, liabiliti, kepakaran sumber manusia, dan lain-lain.

“Aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam amat penting bagi memastikan keyakinan dan kepentingan orang ramai terjamin khususnya para pendeposit,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan