28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Terengganu benarkan solat Jumaat, Aidiladha dan ibadah korban

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU hari ini membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid-masjid seluruh negeri itu tetapi terhad untuk 40 orang sahaja tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, umat Islam di negeri itu juga dibenarkan menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau juga dengan jumlah jemaah 40 orang.

Bagaimana pun, beliau berkata, bagi solat sunat Aidiladha hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan manakala solat fardhu dihadkan seramai 12 orang.

“Kehadiran jemaah ke masjid dan surau hanya dibenarkan kepada ahli kariah yang bermustautin dan warganegara sahaja kecuali mana-mana yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Osman berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah mendapat pandangan Mufti Negeri Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

Katanya, ia selaras dengan lanjutan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara seperti mana diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Jun lalu.

Sementara itu, Osman berkata, kerajaan negeri membenarkan pelaksanaan ibadah korban dan akikah dilakukan termasuk di perkarangan masjid dan surau atau kawasan lapang lain tetapi perlu mendabat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Advertisements

“Jumlah harian korban dihadkan kepada lima ekor sehari di suatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan.

“Jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 10 orang, hendalah berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Osman menjelaskan, mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti sepanjang penutupan.

“Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap perkembangan semasa berkaitan pandemik Covid-19.

Justeru, katanya, baginda menyeru semua pihak termasuk rakyat jelata memberi kerjasama dan komitmen dengan sebaik mungkin dalam mematuhi setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan pihak berkuasa yang telah ditetapkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan