32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Masjid Tanah bakal dilengkapi jalur lebar guna teknologi satelit

Mesti Baca

PENDUDUK di beberapa kawasan di Masjid Tanah, Melaka bakal menikmati capaian internet jalur lebar mengguna teknologi satelit apabila sebuah syarikat bumiputera bersedia menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, syarikat tersebut Serba Dinamik Holdings Berhad akan menyediakan perkhidmatan itu untuk kawasan-kawasan yang belum mendapat capaian internet 4G.

“Fasa pertama ini, rumah-rumah yang berada dalam radius jangkauan akan menerima wifi percuma selama 6 bulan. Seterusnya perkhidmatan jalur lebar dan mudah alih akan di naik taraf secara berperingkat sehingga hujung 2021,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan berita gembira tersebut menerusi Facebooknya hari ini.

Mas Ermieyati berkata, ia hasil pertemuan beliau dengan wakil syarikat Serba Dinamik, syarikat bumiputera bertaraf global sebelum ini.

“Syukur sangat bila tim Serba Dinamik hubungi saya untuk turun ke Masjid Tanah buat ‘survei’ untuk tengok tahap capaian internet di Paya Lebar.

Baca juga:   Kerajaan lancar unit vaksinasi bergerak ke pedalaman

“Ada beberapa kawasan yang kami tengok tadi untuk kesesuaian pemasangan nanti. Ini adalah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bahagian Teknologi Angkasa SDGB (Serba Dinamik),” katanya.

Beliau berkata, isu kelajuan internet di kawasan Masjid Tanah sudah diajukan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Manakala awal tahun ini, beliau telah bertemu dengan Ketua Setiausaha kementerian itu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mendapatkan maklum balas mengenai status liputan internet tersebut.

Baca juga:   Tun Salleh Abas: Catatan peribadi Shabery

Katanya, hasil usaha tersebut, pihaknya telah mendapat perincian mengenai 54 kawasan dalam Parlimen Masjid Tanah untuk dinaik taraf daripada 3G kepada 4G.

“Walau bagaimanapun, masih ada kawasan yang tiada langsung akses kepada jalur lebar atau jika ada pun adalah sangat lemah,” katanya.

Justeru beliau berterima kasih kepada Serba Dinamik terutama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah atas keprihatian syarikat terhadap masyarakat di Masjid Tanah. – Edisi 9

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan