28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Sokong kerajaan PN sehingga Parlimen bubar – Shahidan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli-ahli Parlimen UMNO akan berpegang kepada arahan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan serta No Anwar, No DAP yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang lalu.

Pengerusi Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mana-mana pihak tidak boleh melangkaui keputusan PAU termasuk Majlis Tertinggi (MT) parti.

“Walaupun dalam ucapan Perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku di mana perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila hendak keluar dibuat boleh MT, tetapi itu hanya ucapan dan bukan keputusan.

“Keputusan parti adalah berdasarkan usul yang dibawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad dan yang disahkan Naib Presiden UMNO, bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu.

”Maka sekiranya terdapat usaha-usaha di pihak MT untuk keluar kerajaan sebelum Parlimen dibubar, maka itu adalah kesalahan dan mereka layak diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Pasca-Najib: UMNO perlu segera 'move on'

Beliau turut mendakwa,  Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi didakwa dengan terang melanggar keputusan parti apabila menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, pengisytiharan melalui surat itu adalah tidak tepat dan boleh dianggap membuat kenyataan salah kepada Agong.

Begitu juga, katanya, berhubung audio percakapan antara Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila terdapat surat akuan bersumpah Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR itu.

Baca juga:   Membentuk dasar kerajaan dari perspektif swasta

“Mereka ini layak diambil tindakan disiplin tetapi malangnya MT tidak berbuat demikian kerana mungkin tidak ada keberanian. Perbuatan tersebut adalah pilih kasih kerana ada orang yang menegur Presiden telah diambil tindakan dan digantung keahlian, tetapi ahli MT mendiamkan diri apabila kesalahan dibuat Presiden,” ujarnya.

Shahidan menegaskan, ahli MT yang memegang amanah tidak boleh mendiamkan diri kepada perkara yang tidak benar.

“Atas dasar hendak menjaga keharmonian atau takut? Ingin saya pesan sekali lagi bahawa MT yang memegang jawatan memegang amanah.  Jangan mendiamkan diri pada perkara yang tidak benar,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kes denggi meningkat 119% tahun ini – Dr Noor Hisham

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh minggu epidemiologi ke-39 tahun ini iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan