26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Pelaksanaan PPN peringkat negeri lebih adil – Tengku Zafrul

Mesti Baca

CYBERJAYA –¬†Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi peringkat negeri secara berfasa adalah lebih adil kerana ia membolehkan peralihan lebih awal bagi negeri-negeri yang berjaya menurunkan kes dengan ketara serta mencapai nilai ambang yang digariskan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata PPN yang dilaksanakan sejak awal Jun lepas telah menyaksikan perkembangan yang positif apabila negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu yang berjaya mencapai nilai ambang Fasa Dua akan beralih kepada Fasa Dua PPN pada 5 Julai ini.

“Kita perlu memberi penghargaan kepada mereka yang dapat mencapai nilai ambang dan terus memberi motivasi kepada negeri lain untuk mencapai sasaran yang ditetapkan untuk negeri masing-masing,” katanya yang juga Menteri Penyelaras PPN pada sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Bernama.

Fasa PPN di peringkat negeri merupakan pelan penambahbaikan kepada pelan PPN yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lepas.

Baca juga:   Najib, Rosmah dibenar periksa 11,991 barang kemas disita

Tengku Zafrul berkata selepas sebulan Fasa Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kelima-lima negeri itu mencatatkan penurunan kes harian antara 12.2 peratus dan 6.1 peratus bagi 100,000 penduduk, peningkatan kapasiti di wad ICU yang pulih kepada paras sederhana dan tidak lagi berada di tahap kritikal serta kadar vaksinasi mencapai antara 10 peratus dan 40 peratus bagi populasi dewasa.

Baca juga:   PPN positif, aliran masuk modal pelabur asing melonjak

“Dengan perkembangan ini, dicadangkan agar kerajaan memberi autonomi, insentif dan harapan kepada setiap negeri untuk sama-sama berusaha memutuskan rantaian COVID-19, meningkatkan vaksinasi dan beralih daripada Fasa Satu kepada fasa seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata walaupun kadar vaksinasi meningkat dan kapasiti menunjukkan kadar jangkitan lebih terkawal, namun ia masih di tahap membimbangkan kerana kes harian tidak menurun.

“Daripada analisa, Lembah Klang mencatatkan antara 40 peratus dan 50 peratus kes harian yang dilaporkan sejak April, manakala kebanyakan negeri lain mencatatkan pengurangan kes sejak bermulanya fasa pertama iaitu 1 Jun lepas.

“Kelantan dan Terengganu telah menunjukkan pengurangan lebih 80 peratus sejak 1 Jun. Ini menunjukkan PKP secara berfasa ini memberikan impak positif.”

Sehubungan itu, wajar dipertimbangkan peralihan fasa di peringkat negeri terutamanya negeri yang mencapai pengurangan kes serta mempunyai sistem kesihatan awam di tahap positif,” katanya.

Baca juga:   Tonton wayang, konsert hiburan dibenarkan mulai 9 September

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan