25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 19, 2022

RCI Tabung Haji: Perlu ambil kira pelan pemulihan zaman PH

Mesti Baca

CYEBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, skop siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji perlu mengambil kira Pelan Pemulihan Tabung Haji yang telah dimulakan pada zaman PH.

Ketuanya, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan menggariskan tiga perkara kenapa langkah itu dilakukan termasukan berkaitan teguran Ketua Audit Negara dalam Laporan Tahunan TH 2019.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Pergerakan Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di atas kejayaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH)

Ini sejajar perjuangan konsisten Pergerakan Pemuda UMNO selama ini, serta antara prasyarat utama yang telah dikemukakan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi memberikan sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dalam membentuk kerajaan baharu pada 11 Mac 2020.

ekonomi
ASYRAF WAJDI DUSUKI – Gambar: Facebook

Namun begitu, Pemuda UMNO berpandangan terdapat beberapa perubahan skop yang boleh ditambah baik dan dipinda bagi memastikan matlamat RCI untuk menjaga kemurnian institusi Islam ini tercapai.

Paling utama adalah, skop siasatan RCI juga perlu mengambil kira Pelan Pemulihan Tabung Haji yang telah dimulakan pada zaman PH. 

Pandangan Pemuda UMNO ini adalah berdasarkan perkara berikut:

Pertama, kelemahan Pelan Pemulihan ini telah ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Tahunan TH 2019. Namun sehingga sekarang tidak kelihatan apa-apa penambahbaikan ke atas teguran tersebut.

Baca juga:   Pelancong Malaysia gemar bercuti tanpa persediaan awal - Agoda
Baca juga:   Tubuh badan khas siasat insiden projek SUKE

Kedua, siasatan RCI akan juga merangkumi keabsahan jaminan ke atas hutang RM27.56 bilion UJSB kepada TH. Ini kerana walaupun PH berulang kali mengatakan bahawa hutang (sukuk) tersebut dijamin Kerajaan, tetapi hakikatnya ia tidak pernah dibentang di parlimen atau mematuhi Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965

Ketiga, RCI juga perlu menelusuri kemampuan UJSB yang perlu membayar RM27.56 bilion kepada TH sebelum tahun 2027.

Ini kerana berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat pada tahun lepas, UJSB hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM234 juta bagi tahun 2019.

Siasatan ke atas kemampuan UJSB ini akan membolehkan Suruhanjaya Diraja membuat cadangan-cadangan bagi memastikan amaun hutang dapat dibayar mengikut masanya dan sekaligus memelihara kepentingan institusi Islam dan para pendeposit

Kempat, siasatan ke atas Pelan ini juga akan membolehkan Suruhanjaya dapat menyiasat dengan tuntas kemampuan sebenar kewangan TH pada hari ini.

Ini kerana berdasarkan Laporan Tahunan TH 2019, keuntungan nyata (hasil perniagaan normal) TH  hanyalah RM210 juta.

Sementara baki RM1.39 bilion lagi adalah keuntungan tidak nyata yang mana sebahagian besarnya datang daripada sukuk UJSB tersebut. Keuntungan tidak nyata ini adalah duit yang belum pun memasuki akaun TH lagi. 

Kelima, siasatan ke atas Pelan Pemulihan TH ini akan membolehkan Suruhanjaya memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan. Terutama jika kita melihat dokumen rasmi yang menyatakan dengan jelas bahawa sukuk tersebut tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik serta unsecured zero coupon (berisiko tinggi).

Baca juga:   Ujian calitan hidung tidak dibenarkan di sekolah - KPM
Baca juga:   Pelan pemulihan Tabung Haji anjuran PH gagal, segera tubuh RCI

Pemuda UMNO amat berharap agar cadangan pindaan skop RCI ini akan dipenuhi oleh kerajaan semasa.

Kami percaya bahawa siasatan ini perlulah menyeluruh bagi memastikan tujuan murni penubuhan RCI untuk memelihara kemurnian institusi TH ini akan tercapai

Terkini

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati...

Lagi Artikel Berkaitan