24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 17, 2022

Penduduk PPR, kos rendah di Selangor terima suntikan vaksin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kira-Kira 200,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan kos rendah di Selangor bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dalam masa terdekat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata inisiatif itu dilaksana susulan jangkitan Covid-19 di negeri itu merekodkan jumlah kes yang tinggi dan belum ada tanda menunjukkan penurunan.

“Kita sudah mengenal pasti senarai (penduduk PPR dan perumahan kos rendah) di Selangor. Kita lihat penduduk (yang layak divaksin) dalam anggaran 200,000. Kita sasar kawasan yang berisiko tinggi.

“Kita dah ada senarai, cuma tunggu pemberian vaksin… dari segi logistik semua sudah siap sedia,” katanya kepada pemberita selepas melawat program MOVAK di Dataran Tasik Kluang hari ini, lapor BERNAMA

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Zuraida juga berkata kementerian itu bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara telah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko banjir dalam memastikan pemberian vaksin menerusi MOVAK di kawasan terlibat tidak terjejas.

Baca juga:   Saya tidak gentar dengan gertakan Maszlee - Asyraf Wajdi

“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bersama dengan pegawai daerah, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, juga sedang melakukan perkara sama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 25 bas yang diubah suai mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dilancarkan hari ini dan akan digunakan sebagai unit pusat pemberian vaksin bergerak MOVAK di seluruh semenanjung Malaysia.

Baca juga:   81.3% dewasa lengkap dos kedua di Lembah Klang - JKJAV

Program MOVAK merupakan inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu proses pemberian vaksin kepada rakyat terutama masyarakat luar bandar sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 di negara ini.

Terkini

Laluan alternatif sejauh 64 km elak Terowong Menora akan dibina

KERAJAAN Perak bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di...

Lagi Artikel Berkaitan