24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MQA bantu kerajaan capai imuniti kelompok

Mesti Baca

CYBERJAYA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) komited dalam membantu kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata kakitangan badan berkanun itu sudah 47 peratus divaksinasi atau sudah mendapat tarikh untuk vaksinasi.

Katanya, kerjasama semua warga MQA membolehkan peratusan tertinggi dalam kalangan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi itu berjaya dicapai.

MQA MOHAMMAD SHATAR SABRAN
MOHAMMAD SHATAR SABRAN

“Di MQA, kami sering mengingatkan mengenai peri pentingnya pengambilan vaksin COVID-19 tanpa mengira jenama kerana mahu menyahut seruan kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.

“Kami merekodkan progres setiap warga MQA sama ada sudah mendapatkan vaksinasi pertama, sudah lengkap dos kedua atau masih menunggu janji temu vaksinasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Pada masa sama, Mohammad Shatar yang juga Pakar Sosial mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai vaksin COVID-19.

Katanya, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan kini, masyarakat di negara ini janganlah menambah kekeliruan menjadi ejen penyebar maklumat atau berita palsu.

“Dalam hal berkaitan vaksin COVID-19 ini, seelok-eloknya dirujuk terus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau mendapatkannya menerusi platform rasmi kementerian berkenaan.

“Serahkan saja perihal vaksin ini kepada yang pakar dan bukan golongan yang gemar menakut-nakutkan masyarakat dengan dakwaan tidak saintifik mereka mengenai vaksin COVID-19,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan