27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

PICK lepasi sasaran 300,000 dos sehari – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  sudah mencecah  313,761 dos, setakat semalam, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos sehari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasaran vaksinasi sebanyak 313,761 dos sehari berjaya dicapai semalam dengan 6.585 juta orang telah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Melihat pencapaian ini, kerajaan optimis segala usaha yang dirancang berada di landasan yang tepat, insya-Allah,” katanya menerusi rakaman video bagi mengulas perkembangan PICK hari ini.

Muhyiddin berkata, pada 15 Jun lepas, beliau telah mengumumkan pelan pemulihan negara, di mana menyasarkan peningkatan kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 dos sehari selepas bulan Jun.

“Selain itu saya juga telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan ketiga memfokuskan dalam mempercepatkan program PICK ke atas sebanyak mungkin populasi di Malaysia.

dos sehari
Muhyiddin Yassin berucap dalam rakaman video tentang perkembangan PICK yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi beliau, hari ini.

“Ini bagi memastikan negara kita akan berjaya mencapai imuniti kelompok dan seterusnya membawa kita kembali menjalani kehidupan menghampiri keadaan sebelum pandemik Covid-19,” kata Perdana Menteri.

Baca juga:   Najib tidak doakan musibah kepada mereka yang menganiayanya

Sehubungan dengan itu, Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada  Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan semua petugas barisan hadapan dan para sukarelawan serta seluruh rakyat yang bersama-sama menjayakan program vaksinasi terbesar negara.

Baca juga:   Ahli politik fokus tanggungjawab bantu rakyat - Agong

Sementara itu, seramai 2,301,657 warga emas yang mendaftar untuk suntikan vaksin di bawah PICK sudah menerima suntikan masing-masing di bawah fasa kedua, sehingga 4 Julai.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19  (JKJAV) berkata, ia bersamaan 79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas berdaftar atau 66 peratus daripada keseluruhan populasi warga emas.

Jawatankuasa itu berkata, mereka terdiri daripada warga emas yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Pada masa yang sama, sebanyak 127,775 orang kurang upaya (OKU) turut telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin untuk tempoh yang sama sehingga 4 Julai.

Manakala 3.85 juta individu dengan komorbiditi telah menjalani vaksinasi mereka, kata JKJAV menerusi infografik yang disiarkan menerusi Twitter hari ini. – EDISI 9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan