36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

‘Saya orang pertama akan menentang’ – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang menentang jika partinya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan mahu membentuk kerajaan bersama DAP.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, ini kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian keseluruhan Pemuda UMNO di 191 bahagian, keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

“Silap tu. Saya orang pertama akan menentang kalau parti nak menyokong Anwar sebagai PM (Perdana Menteri) ataupun mewujudkan kerajaan DAP-PH Lead Government.

“Ini bertentangan dengan pendirian keseluruhan Pemuda 191 Bahagian dan keputusan PAU dan MKT. Jadi jangan cipta persepsi bukan-bukan!,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf Wajdi berkata demikian bagi membalas komen yang dibuat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail agar tidak bersubahat dengan penipuan Presiden UMNO untuk membawa jajaran baharu bersama Anwar dan DAP.

Tun Faisal yang digantung keahlian UMNO selama enam tahun turut menggesa Asyraf Wajdi tidak bersubahat dengan kezaliman yang dilakukan Lembaga Disiplin UMNO dan pelanggaran peraturan oleh MKT.

“Ketiga, tidak wajar berpolitiking merebut kuasa ketika pandemik Covid19 sedangkan yang perlu diutamakan sekarang adalah usaha menyelamatkan nyawa rakyat, memvaksinkan rakyat dan membantu rakyat,” katanya.

Sebelum itu, menerusi hantaran dalam Facebooknya, Asyraf Wajdi kecewa dengan seorang pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan.

Ini berikutan kenyataan pemimpin tersebut yang menasihatinya agar tidak terlalu percaya dengan sentimen media sosial kerana mendakwa ia adalah naratif yang dikawal oleh DAP dan PH.

“Asyraf, jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dah dikawal oleh DAP-PH. Realitinya PM dan Kerajaan masih popular di kalangan rakyat akar umbi.

“Dalam hati saya, cubalah baca setiap komen di posting saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan adalah REAL! BETUL KE ATAU SAYA YANG TERTIPU?,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan