28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Surat baharu CIMS 3.0 untuk kebenaran syarikat beroperasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hanya syarikat-syarikat disenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi lokasi Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang boleh beroperasi menggunakan surat baharu Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan media berkata, surat CIMS 3.0 yang baharu ini akan mempunyai akronim ‘PPN’ di bawah kod QR surat tersebut.

Kata MITI, sebagaimana pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu, pergerakan syarikat dalam sektor perkhidmatan perlu bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menggunakan surat CIMS 3.0 sedia ada (dengan akronim PKP 3.0 di bawah kod QR).

“Semua surat kelulusan CIMS 3.0 perlu dibaca bersama-sama SOP PKPD semasa yang berkuat kuasa.

“Bagaimanapun, syarikat di kawasan PKPD yang bukan di bawah senarai sektor perkhidmatan perlu di dalam SOP MKN adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali,” kata MITI.

Advertisements

MITI turut mengingatkan pihak industri agar bertanggungjawab dalam pemberdayaan kendiri dan mematuhi SOP ini.

“Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan undang-undang menikut Akta 342 dan boleh dikenakan tindakan oleh Pasukan Petugas Khas Covid-19,” kata MITI.

Platform CIMS 3.0 turut dikongsi dengan 17 kementerian dan tiga agensi dan setiap permohonan akan diproses dan diluluskan setiap kementerian dan agensi mengikut portfolio masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang status permohonan, syarikat boleh merujuk terus kepada kementerian atau agensi dalam direktori di laman sesawang www.miti.gov.my. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan